Segalanya Berakhir Di Sini...

Wednesday, April 1, 2009

Salam... tiap di antara kita pasti tahu, tiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dengan ini, diumumkan bahawa blog AYAT-AYAT TAK SEMPURNA ini akan ditamatkan khidmatnya mulai hari ini. Terima kasih untuk rakan-rakan dan sesiapa saja yang sudi singgah di sini.


Dan...
BRADERMACHO.com
... pun bermula.

Read more...

Catatan Penutup viii

Thursday, March 19, 2009


ketika terucap salam terakhir
kenyataan, impian dan takdir bersilih gilir
telah kudayung cinta mudik ke hilir
namun arus deras tak pernah berakhir
di pelabuhan manakah dapat kutambat
seluruh rasa cinta yang menghambat

ketika mentari sudah mahu beradu
kepada bulanlah pula kumengadu
aduhai... akulah pungguk yang merindu
yang sentiasa berlagu syahdu merayu
sang kejora pun berkata penuh cemburu
"bertuah benar dapat memiliki cinta agungmu..."

Read more...

Catatan Penutup vii

Tuesday, March 10, 2009


ketika merebahkan lelah di pangkuanmu
tirai berlabuh dan menutup pentas dukaku
gerimis senja nan berpanjangan ke dinihari
hanya kudakap bayangmu mencari kehangatan
sepertiga malam berlalu penuh syahdu
syukur dengan belai kasihmu tak terperi
subur di hati biar tak pernah kubajai

embun telah kering sebelum mentari bangkit
itukah petanda aku pencinta yang sakit?

Read more...

Catatan Penutup vi

Thursday, March 5, 2009


retak hatinya retak kini
masih terpatri sejuta janji
masih terus menganyam mimpi
sedang aku mengejar pelangi
dan memburu ilusi
ketika retak menanti belah
kulayarkan segala resah
ke lautan rasa penuh pasrah
andai, karam jua di lautan rasa
itu memang takdir cinta kita

~ ketika ombak menyapa, kutanyakan kepadanya...
"jika cinta tak bersatu, masih adakah bahagia untukku?"

Read more...

Catatan Penutup v

Wednesday, March 4, 2009

...terus melangkau bait-bait waktu
yang sentiasa ada, hanya rindu kepadamu
yang sering menghadiahkan sejambak sendu kepadaku
manis yang kurasa adalah hempedu
dan pahit yang kutelan hanya setitis madu

Read more...

Ayat Kaki Ruang 1.11

BLOG INI HALAL DIBACA, TANPA ADA UNSUR HASUTAN SERTA ADU DOMBA. JUGA TIADA BERRBAU PERKAUMAN MELAINKAN BERKAITAN KAUM ADAM DAN HAWA. MENCARI YANG HALAL ITU FARDHU - BACALAH TANPA WAS-WAS!

Ayat Kaki Ruang 2.11

"Don't walk in front of me, I may not follow
Don't walk behind me, I may not lead
Just walk beside me and be my friend."

Ayat Kaki Ruang 3.11

JAP EKK... TAK SEMPAT NAK TAMBAH PAPE LAGI. NANTI AKU LAPANG-LAPANG AKU BUBUH LA APA YANG PATUT.

  © Blogger template Leaving by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP